Isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham, Afreena Suhaimi, meluahkan rasa kecewa apabila seorang selebriti wanita didakwa memburuk-burukkan namanya dalam satu siaran langsung di media sosial baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Afreena menyatakan rasa tidak puas hati kerana selebriti berkenaan bercakap tentang isu rumah tangganya seolah-olah mengetahui situasi sebenar yang berlaku.
Hanya berkomunikasi melalui telefon, tidak pernah bersemuka…
Menurut Afreena, dia tidak pernah bertemu dengan selebriti tersebut secara bersemuka, sebaliknya hanya berkomunikasi melalui panggilan telefon.
Saya tak pernah jumpa dia, saya hanya berkomunikasi dengan dia melalui panggilan telefon sahaja.- Katanya.
Tambahnya lagi, perbualan yang berlaku hanyalah mengenai suaminya dan bagaimana situasi rumah tangga mereka terjadi.
Saya minta maaf kalau perkara itu mengganggu awak, tetapi perbualan kami hanyalah tentang suami saya dan bagaimana semuanya terjadi.
Macam Mana Orang Ketiga Tahu Masalah Rumah Tangga Saya?- Soalnya.
Afreena turut menegaskan bahawa tindakan selebriti berkenaan memburukkan dirinya kepada umum adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Awak tidak hidup dengan saya. Hanya saya dan suami sahaja yang tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami.- Tegasnya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana individu luar boleh mengetahui hal dalaman rumah tangganya tanpa berada dalam situasi sebenar.
Isteri Along Cham minta hentikan fitnah dan spekulasi…
Susulan itu, Afreena meminta agar selebriti tersebut berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar dan tidak membesarkan sesuatu perkara tanpa mengetahui keadaan sebenar.
Tolong jangan bercakap dan membesar-besarkan sesuatu tentang saya kerana awak sendiri tidak mengenali saya. Mungkin awak kenal suami saya kerana dia kawan awak, tetapi awak langsung tidak mengenali saya, apatah lagi hal perkahwinan saya.- Tegasnya lagi.
Meskipun Afreena tidak menyebut nama selebriti yang dimaksudkan, kenyataannya ini telah menarik perhatian ramai netizen yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang konflik yang berlaku.
#OhmediaNasihat
Dalam rumah tangga, hanya pasangan itu sendiri yang benar-benar memahami apa yang berlaku di sebalik pintu rumah mereka.
Orang luar seharusnya tidak mudah membuat andaian atau mencampuri urusan peribadi seseorang tanpa fakta yang jelas.