Connect with us

Oh! Media

Ismail Izzani Akui Tak Mahu Hipokrit

ismail izzani
Ismail Izzani

Oh! Artis

Ismail Izzani Akui Tak Mahu Hipokrit

Oh! Ismail Izzani. Bukan mudahnya nak ubah sikap buruk jadi lebih baik. Itu semua sebenarnya atas usaha diri kita untuk berubah dan orang lain memang tak dapat nak paksa dan hanya mampu berikan nasihat. Itulah apa yang sedang dilalui penyanyi terkenal, Ismail Izzani yang mengakui masih belum boleh buang sikap berhibur di kelab malam.

ADVERTISEMENT

BACA: Ismail Izzani Akhirnya Bersuara Isu Aksi Tidak Senonoh Dalam Kelab Malam

ismail izzani

Memetik laporan Kosmo, Ismail mengakui tidak mahu bersikap hipokrit dan hanya manusia biasa yang sering lakukan kesilapan.

Orang media pun ada pergi kelab malam kan?

Bukan hanya bercakap tentang dirinya, Ismail turut berseloroh dan mengatakan orang media turut pergi ke kelab malam untuk berseronok. Amboi, siap petik orang lain pun macam dia erk. Kah!

Tentang pergi kelab malam atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi clubbing.

Tapi saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang kawang kita ada di sana. Kadang-kadang juga sebab nak berseronok.

Sayapasti orang media pun ada di sana juga. Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup, kita banyak buat silap.

Ismail Izzani anggap haters banyak membantu juga…

Ismail turut merasakan dirinya tidak mampu memuaskan hati semua orang memandangkan dia sebagai seorang artis, pasti akan sering diperhatikan.

Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak boleh suruh atau paksa orang sayang kita. Bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters (orang yang membenci) juga banyak membantu.

Mereka membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya takkan betulkan apa yang salah.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail dilihat memeluk seorang wanita seksi di sebuah kelab malam sambil mencium pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

Kita doakan sahaja yang terbaik buat Ismail Izzani dan semoga terus berusaha untuk berubah jadi lebih baik, hari demi hari.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas