Connect with us

Oh! Media

“InsyaAllah Mamu Tak Buat Hal Lagi” – Kes Cedera Pak Guard, Sharnaaz Ahmad Dilepas Bebas

sharnaaz pukul

Oh! Artis

“InsyaAllah Mamu Tak Buat Hal Lagi” – Kes Cedera Pak Guard, Sharnaaz Ahmad Dilepas Bebas

Selepas setahun berlalu, pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya bebas daripada pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium.

ADVERTISEMENT

Sharnaaz dalam satu hantaran di Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang mengikut rapat perkembangan kesnya.

Pelakon ini turut berterima kasih kepada barisan peguam hebat yang membantunya.

Dalam laporan Sinar Harian, Sharnaaz berkata biarpun kes dianggap remeh tetapi ianya telah menyentuh reputasinya sebagai seorang anak seni selama berbelas tahun.

Di masa akan datang, kena fikir banyak kali, tak mahu buat perangai lagi. Sebenarnya saya dah banyak belajar tapi itulah, masih bodoh lagi.

Menurut peguam mewakili Sharnaaz, pihaknya telah menerima maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai representasi untuk menggugurkan pertuduhan ke atas pelakon itu yang dibuat 2 Mei lalu.

Pihaknya dimaklumkan pengadu telah membuat laporan polis menarik balik kes menyebabkan pihak pembelaan memohon satu keputusan lepas dan bebas terhadap Sharnaaz.

Hari ini, Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Salim membebaskan Sharnaaz selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mahkamah berpuas hati dengan hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan. Wang jaminan juga akan dikembalikan.

Kredit: Sinar Harian | Instagram Sharnaaz Ahmad

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas