Connect with us

Oh! Media

“Insya-Allah Ada, Doakan Yang Terbaik” – Respon PU Riz Soal Anak

Oh! Artis

“Insya-Allah Ada, Doakan Yang Terbaik” – Respon PU Riz Soal Anak

Pendakwah selebriti terkenal, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz memberikan jawapan ringkas apabila ditanyakan mengenai soal anak hasil perkahwinannya bersama figura terkenal, Neelofa.

ADVERTISEMENT

BACA: Neelofa Bergambar Tutup Perut Sebab Hamil?

Soalan tersebut diajukan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor dalam satu temu bual yang diadakan secara siaran langsung, Sembang Viral, malam tadi.

Program wawancara yang pada mulanya membicarakan soal hijrah dan hijab itu mula mendapat perhatian apabila Rosyam mula bertanyakan adakah mereka berdua kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung.

“Dah ada bunga-bunga nak ada anak ke?” soal Datuk Rosyam kepada Haris.

Haris kemudiannya memberi respon ringkas di mana dia juga tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan yang turut tular dalam kalangan peminat itu.

Kita mencuba. Bunga-bunga Insya-Allah ada, doa-doakanlah yang terbaik.

Meskipun tiada jawapan tepat mengenai persoalan tersebut, rata-rata penonton siaran langsung tersebut teruja dan ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah buat Haris dan Neelofa.

Terdahulu, ruangan media sosial dibanjiri dengan khabar angin yang mengatakan Neelofa sedang hamil apabila ada peminat mendakwa bekas pengacara program meleTOP itu mempunyai ‘baby bump’ dan semakin berseri dari hari ke hari.

Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 Mac yang lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara.

Kredit: Kosmo! Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top