Connect with us

Oh! Media

Ini Tindakan Yang Diambil Shah Rukh Khan Selepas Anak Trauma Masuk Penjara

shah rukh khan

Oh! Artis

Ini Tindakan Yang Diambil Shah Rukh Khan Selepas Anak Trauma Masuk Penjara

Macam itulah sayangnya seorang ayah dekat anak sampai sanggup buat apa sahaja. Kita semua tahu sebelum ini anak kepada Shah Rukh Khan, Aryan Khan telah ditahan kerana didapati terlibat dengan kes dadah. Bagaimanapun Aryan telah pulang ke rumah selepas dibenarkan ikat jamin.

ADVERTISEMENT

BACA: Aryan Khan Anak Kepada Shah Rukh Khan Ditahan Kerana Salah Guna Dadah

Walaupun Aryan sekarang sudah selamat duduk di rumah bersama keluarga, Shah Rukh Khan masih bimbang dengan keadaan anaknya. Memetik laporan Time Of India, Aryan sedang mengalami trauma sejak pulang ke rumah dan lebih suka menyendiri di dalam bilik.

Datuk Shah Rukh Khan tak pergi semua penggambaran?

Disebabkan itu, Shah Rukh Khan bertindak menghentikan semua penggambaran yang melibatkan dirinya demi menjaga anaknya di rumah.

Dia tidak bercakap dengan sesiapa, tidak mempunyai keinginan untuk bertemu kawan. Aryan menjai lebih senyap selepas pulang dari penjara. Dia jarang meninggalkan biliknya dan keluarga Khan membenarkan dia kekal seperti yang dia mahu. – Kata sumber.

Shah Rukh Khan sebelum ini turut bercadang untuk melantik pengawal peribadi dan jurulatih khas bagi membantu anaknya menghilangkan trauma. Tapi beliau memutuskan untuk tidak meneruskan dan memilih untuk dirinya sendiri bersama anak tersayang.

Kredit: Time Of India

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas