Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Terkini Aiman Hakim Dan Zahirah MacWilson Lepas Tular Mengenai Isu Fathia Latiff 

Oh! Artis

Ini Perkembangan Terkini Aiman Hakim Dan Zahirah MacWilson Lepas Tular Mengenai Isu Fathia Latiff 

Sejak kebelakangan ini, nama pasangan selebriti Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sering kali dikutuk Fathia Latiff dan mereka masih belum tampil dengan sebarang kenyataan.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Oh! Bulan, walaupun mereka berdua tidak mahu ditemu bual pihak media, tapi pihak pengurusan berkata yang Aiman dan Zahirah seperti tiada sebarang masalah. Mereka membuat kerja-kerja industri seperti biasa dan dalam keadaan yang baik-baik saja.

Dalam perkembangan terkini Aiman, dia baru saja selesai jalani penggambaran filem Harimau Malaya The Untold Journey dan seterusnya akan menjalani penggambaran drama terbaru dalam masa terdekat.

Zahirah juga dikatakan terpaksa tolak beberapa tawaran sebab nak fokus dengan kandungan bayi keduanya, namun tetap memberi komitmen penuh terhadap jenama, kempen atau acara yang diundang.

Sebelum ini, Fathia Latiff secara tiba-tiba ‘naik hantu’ apabila ada netizen membandingkannya dengan Zahirah MacWilson dalam ‘live’ hingga menyamakan wajah isteri Aiman itu dengan bibik.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas