Connect with us

Oh! Media

Apa Sebenarnya Yang Terjadi? Ini Kenyataan Dari Neelofa Sendiri!

Oh! Artis

Apa Sebenarnya Yang Terjadi? Ini Kenyataan Dari Neelofa Sendiri!

Baru nak rehat-rehat hujung minggu, ada pula berita panas yang tengah viral dekat media sosial. Netizen sekarang tengah sibuk berteka-teki tentang status terkini selebriti Neelofa dengan PU Riz!

ADVERTISEMENT

Ramai yang mendakwa pasangan ini sedang hadapi masalah dalam perhubungan. Masing-masing siap dah unfollow each other tau dekat Instagram. Bukan hanya Neelofa, bahkan ibu serta adik-beradiknya yang lain turut ikut sama unfollow PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail.

Bukan itu je, kalau korang sempat tengok dekat IgStory keluarga Neelofa, semuanya ada post quoutes atau kata-kata yang ada merujuk pada hubungan yang bermasalah. Lagi mengejutkan, gambar tunang Neelofa dan PU Riz pun dah takde tau! Hm, macam serius je.

Macam biasalah, bila dah keluar isu hangat macam ni, confirm banyak spekulasi dan andaian yang dah pun dibuat oleh netizen. Ada yang dakwa kononnya Neelofa dan PU Riz dan kahwin senyap-senyap. Ada yang kata puncanya sebab PU Riz tak sefahaman dengan keluarga Neelofa. Lebih teruk, ada yang cakap Neelofa dah terkena ubat pengasih dari PU Riz. Amboi!

Tidak berdiam diri, Neelofa akhirnya tampil untuk beri penjelasan kepada semua pihak melalui platform IGTV di Instagramnya. Kata Neelofa, sepanjang dia berada dalam dunia seni, ini kali pertama dia terpaksa buat pengumuman seperti ini. Kalau ikutkan, Neelofa lebih suka berdiam diri dari menjawab sebarang isu. Tapi sebab perkara ini dah libatkan kedua-dua pihak keluarga, nak taknak dia terpaksa buat.

Jawapan Neelofa sangat mudah dan simple. Semua andaian dan spekulasi yang dibuat netizen, semuanya tak betul. Bagi Neelofa, semua tuduhan itu sangat berat untuk diterima dirinya dan keluarga. Jadi, dia berharap sangat agar semua pihak dapat berhenti daripada memandai-mandai buat spekulasi sendiri.

“Saya sendiri terkejut bila saya baca dan melihat andaian-andaian yang keluar. Sememannya tak betul, takberasas dan tak wajar tuduhan-tuduhan yang berkaitan minyak pengasih, yang saya sedang berubat. Sangat-sangat tak betul.” – katanya.

Tambah Neelofa lagi, daripada orang dok buat andaian sendiri, lagi baik mereka doakan yang terbaik buat dirinya dan juga yang lain. Mengenai statusnya dengan PU Riz pula, Neelofa lebih selesa untuk tidak mengulasnya dengan lebih lanjut.

“Apa yang saya mampu katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita tersendiri. Sama juga seperti saya dengan Haris. Sebenarnya tak manis untuk saya mengeluarkan statement berlebihan dan membelakangi keluarga saya dan keluarga Haris. Apa yang saya boleh cakap, berikan kami masa dan juga doakan kami untuk cari titik penyelesaian yang terbaik.” tambahnya.

Betul juga apa yang dikatakan Neelofa. Biasalah dalam sesebuah perhubungan, mesti ada pasang surut, kan? Cumanya sebab dia seorang selebriti, habis semua orang sibuk jugak nak ambil tahu. Takpelah, ambillah masa dan ruang yang kalian perlu ya. Pada netizen pula, tuan badan dah beri penjelasan, kan? Harapnya dah boleh berhenti korek rahsia dan teruskan hidup macam biasa ya. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka sekeluarga.

Kredit: Instagram Neelofa

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas