Connect with us

Oh! Media

“Ini Je Jalan Saya Nampak” – Suami Mahu Berbaik, Tapi Adira Nekad Cerai

adira cerai

Oh! Artis

“Ini Je Jalan Saya Nampak” – Suami Mahu Berbaik, Tapi Adira Nekad Cerai

Penyanyi Adira nekad dengan keputusan untuk bercerai meskipun suami, Datuk Seri Adnan berusaha untuk berbaik.

ADVERTISEMENT

BACA: Datuk Adnan Abu Tidak Mahu Lepaskan Adira Suhaimi

Memetik laporan mStar, penyanyi kelahiran Sabah ini melihat jalan keluar daripada masalah rumah tangga mereka buat masa ini adalah berpisah.

adira

Buat masa sekarang memang ini sahaja jalan yang saya nampak. Saya percaya memang pihak suami mahu berbaik tetapi macam saya kata jalan yang saya nampak hanyalah perpisahan.

Ketika ditanya adakah masih tinggal sebumbung, Adira berkata buat masa ini mereka masih pasangan suami isteri yang sah. Jadi dia tidak pernah melarang Datuk Adnan untuk tinggal bersama.

Selagi belum bercerai dia masih suami saya. Saya tak mahu bergaduh atau hadkan masa dia bersama anak-anak.

Saya tak pernah menghalang dia datang atau mahu tidur di rumah. Kalau boleh saya nak berpisah cara baik, matang dan tenang.

Tambahan pula, Datuk Adnan ada hak untuk mengambil tahu perihal anak-anak dan ada tanggungjawab yang dia kena laksanakan sebagai bapa.

adira

Jelas Adira lagi, fokus utama kini hanyalah diri sendiri dan anak-anak. Dia juga enggan menunjukkan emosi sedih di hadapan anak-anak walaupun sedang berdepan dengan konflik rumah tangga.

Ibu tunjang keluarga, jika hati kurang senang mereka akan rasa melalui layanan kita. Kadang kalau kita tak okay, terjerit kepada anak. Itu yang saya tak nak.

Malah, apa yang dimuat naiknya di media sosial adalah benar. Adira tidak berpura-pura gembira dan seboleh-bolehnya mengelak menangis di depan anak.

Bagi Adira, adalah penting untuk seorang ibu menunjukkan perkara positif sahaja.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas