Connect with us

Oh! Media

Ini Hukuman Yang Mungkin Diambil Akademi Ke Atas Will Smith. Anugerah Boleh Ditarik?

oscar

Oh! Artis

Ini Hukuman Yang Mungkin Diambil Akademi Ke Atas Will Smith. Anugerah Boleh Ditarik?

Walaupun telah menerima Anugerah Pelakon Terbaik dalam filem King Richar, Will Smith mungkin akan dikenakan hukuman atas tindakannya menampar pelakon dan pelawak, Chris Rock.

ADVERTISEMENT

Penganjur Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94 melihat tindakan Will Smith itu telah mencemarkan acara berkenaan kerana ia dilakukan di atas pentas secara langsung.

Anugerah boleh ditarik!

Antara tindakan yang boleh dikenakan adalah seperti penggantungan atau penyingkiran daripada kumpulan, penarikan balik Oscar atau kehilangan kelayakan untuk anugerah pada masa depan.

Dalam pada itu, lebih 9,900 ahli Akademi Seni Filem dan Sains turut menyelar tindakan Smith walaupun Rock sebelum itu telah mempersenda isterinya.

Kami sudah memulakan ulasan formal membabitkan insiden itu dan mengkaji langkah serta tindakan lanjut yang akan diambil mengikut undang-undang kecil, Piawaian Kelakuan dan Undang-undang California.

Polisi piawaian kelakuan anugerah itu menyatakan, ia menentang sebarang bentuk penderaan, gangguan dan diskriminasi serta menghendaki ahli untuk mengangkat nilai yang menghormati maruah sesama insan, keterangkuman dan menyokong persekitaran yang memupuk kreativiti. – Kata wakil Oscar.

Will Smith bukanlah individu yang pertama dikenakan hukuman oleh Akademi, ini apabila produser Harvey Weinstein pernah dibuang pada tahun 2017 selepas didakwa melakukan serangan seksual ke atas puluhan wanita.

Selain itu, Bill Cosby dan Roman Planski turut dibuang pada tahun 2018.

harvey weinstein

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas