Connect with us

Oh! Media

“Ini Hidup Saya, Pilihan Saya” – Fathia Latiff Penat Kena Tuduh ‘Sakit’, Keluarga Tanggung Malu

fathia latiff

Oh! Artis

“Ini Hidup Saya, Pilihan Saya” – Fathia Latiff Penat Kena Tuduh ‘Sakit’, Keluarga Tanggung Malu

Pelakon kontroversi, Nur Fathia menegaskan dia berhak membuat keputusan untuk memilih cara hidup yang dia mahu.

ADVERTISEMENT

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon ini juga sudah penat apabila orang ramai asyik menuduhnya ‘sakit’.

BACA: “Kalau Mental Dah Ada Dekat Tanjung Rambutan” – Fathia Latiff Tak Mengaku Sakit Jiwa

Kata Fathia, dia tidak sakit dan boleh mengambil tindakan kepada individu yang membuat tuduhan tidak berasas tersebut.

Tetapi, Fathia enggan ambil pusing dan mendakwa banyak lagi perkara penting yang dia kena uruskan. Tambahan pula katanya, tuduhan ‘sakit’ tu langsung tak memberi kesan kepadanya.

Apa yang mengganggu dirinya adalah rasa malu yang perlu ditanggung keluarga dengan tuduhan tersebut.

nur fathia

Tegas selebriti ini, dia berhak membuat pilihan terhadap kehidupannya sendiri. Tak kisahlah perkara itu buruk atau jahat sekalipun, ianya langsung tak ada kaitan dengan netizen.

Banyak sangat negativiti dekat negara saya sendiri. Orang-orang negatif melemparkan tuduhan fitnah terhadap saya.

Cukup-cukuplah menyalahkan orang, cermin diri sendiri dengan keluarga dulu.

Fathia berkata lagi, dia tak perlu pun nak jelaskan kepada orang ramai atau beritahu apa yang dia patut dan tak sepatutnya muat naik.

fathia

Cukup-cukuplah kata Fathia. Malah bapanya sendiri mengakui orang Melayu suka dengki, berfikiran bukan-bukan dan sentiasa merasakan diri sendiri betul.

Aduhai macam-macam, seluruh negara ada peminat Fathia tau. Katanya dari Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan Kanada pun ada!

Kredit: Instagram Fathia Latiff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas