Connect with us

Oh! Media

“Ini Bukan Soal Hati Tisu” – Komen Fitnah DNA Anak, Ryzal Nekad Ambil Tindakan

Ryzal1a

Oh! Artis

“Ini Bukan Soal Hati Tisu” – Komen Fitnah DNA Anak, Ryzal Nekad Ambil Tindakan

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Itulah yang dapat kita kata mengenai situasi yang dihadapi seorang netizen ‘celupar’ apabila dia bakal berdepan tindakan undang-undang.

BACA: “Dia Fitnah Anak Saya Perlu Buat DNA..” – Ryzal Duriankimchi

Youtuber dan Instafamous, Ryzal Duriankimchi berkata, dia akan berjumpa peguamnya di Kuala Lumpur selepas segala urusan di Kelantan selesai.

IKLAN
Photo1642736152

Jelas Ryzal, sebelum ini dia tidak pernah mengambil sebarang tindakan kepada mana-mana netizen. Namun kali ini, ianya membabitkan maruah yang mendatangkan aib kepada keluarganya.

Tambahnya, ‘public figure’ bukanlah tempat untuk netizen melemparkan pelbagai tohmahan tidak berasas. Public figure juga ada maruah dan harga diri yang perlu dipertahankan.

Whatsapp image 2022 01 18 at 112657 am 344x600 1

Terdahulu, seorang netizen biadap telah meninggalkan komen meminta suami kepada Maryam ini melakukan ujian DNA dan mendakwa wajah anak langsung tidak sama dengannya.

Difahamkan, individu itu cuba ‘lari’ dengan menukar nama Instagram, tetapi sebenarnya URL profile dah cukup untuk jejak lokasinya.

Kredit: Instagram Ryzal Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas