Connect with us

Oh! Media

Ini Apa Kata Datin Alyah Selepas Nyanyian Dibandingkan Dengan Siti Nordiana

Datinalyah bondaendang ohmedia

Oh! Artis

Ini Apa Kata Datin Alyah Selepas Nyanyian Dibandingkan Dengan Siti Nordiana

Sebelum ini Ohmedia kongsikan artikel tentang rasa tidak puas hati dikalangan netizen selepas juri All Stars Gegar Vaganza, Bonda Hetty Koes Endang membandingkan kualiti nyanyian Siti Nordiana dengan penyanyi asal lagu Kisah Hati, Datin Alyah.

BACA: “Agak-Agak Lah Lagi Better” – Peminat Berang Bonda Hetty ‘Downgrade’ Alyah Demi Puji Nana

Datin Alyah yang juga isteri kepada komposer, Datuk Ramli MS itu juga ada di belakang Bonda Hetty ketika dia bercakap soal itu. Alyah bagaimanapun hanya mampu tersenyum sahaja ketika dia dibandingkan.

IKLAN

Bagaimanapun, Alyah sebenarnya tidak selesa dibandingkan dan tidak menyangka akan menerima komen seperti itu dari juri.

Katanya, dia hadir kerana ingin memberikan sokongan kepada rakan artisnya namun sebaliknya berlaku. Baginya, Siti Nordiana ada cara tersendiri untuk membawa lagu tersebut.

Janganlah jatuhkan sahabat saya, Saya yakin dia pun dah berusaha keras dan beri yang terbaik. Saya rakam lagu Kisah Hati ni berulang kali.

Tak kisahlah lagu sendiri atau lagu orang lain, hargailah usaha kami. Mohon jangan bandingkan kerana kami saja yang tahu rasa sakit tu.

Oleh itu, Alyah meminta peminat untuk tidak menyerang Siti Nordiana pula kerana perkara ini.

Kredit: Portal

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas