Oh! Artis
Ini Alasan Mengapa Skrip Siri Squid Game Ditolak Banyak Produksi
Ada yang belum tonton siri Squid Game dekat Netflix ke tu? Kalau korang masih belum tonton, kami syorkan untuk korang tonton siri ini tapi pastikan korang 18 tahun ke atas. Ini kerana adegan yang dipamerkan dalam siri ini tidak sesuai ditonton kanak-kanak bawah umur.
Apapun, siri ini memang berada pada kelasnya tersendiri apabila berjaya mendapat jumlah tontonan tertinggi seluruh dunia. Naskhah dari negara Korea Selatan ini turut berjaya mendapat tempat pertama tontonan global Netflix.
Tapi korang tahu tak yang siri ini sebenarnya sudah siap ditulis lebih 10 tahun lalu. Perkara ini diakui sendiri oleh pengarahnya, Hwang Dong Hyuk sebelum ini.

Skrip Squid Game pernah ditolak kerana karut
Berdasarkan sumber, skrip yang dihasilkan Hwang untuk seri ini juga turut telah ditolak beberapa produksi. Mereka berpandangan siri ini tidak realistik dan mengarut untuk dikaitkan dengan kehidupan penonton. Para pelabur turut tidak yakin skrip siri ini dapat menarik minat penonton kerana ia terlalu ganas.
Lebih menyedihkan lagi, Hwang dikatakan terpaksa menangguh untuk menulis karya siri ini dan menjual komputer riba miliknya kerana amat memerlukan duit.
#SquidGame creator Hwang Dong-hyuk wrote d show in 2009 but was rejected by studios for 10 years.
— Christopher Kanagaraj (@Chrissuccess) October 5, 2021
He once had to stop writing d script + sell his $675 laptop due to money struggles.
Today, it’s #1 in 90 countries + set to become d most-watched show in Netflix history.
[Shared] pic.twitter.com/hC1eiyuY6N
Semua mimpi ngeri berakhir dengan mimpi indah
Selepas lebih 10 tahun menyimpan karya terhebat ini, akhirnya Hwang berjaya menarik minat Netflix untuk merealisasikan siri ini. Semuanya berlaku 2 tahun lalu apabila Netflix bersetuju dengan skrip yang dihasilkan dan merancang untuk mengeluarkan bajet bagi mengeluarkan 9 episod.
Saya biasa mengarah filem berdurasi 2 jam. Jadi, sangat mencabar untuk menghasilkan karya berdurasi lapan jam. Dunia sudah berubah. Pada waktu ini, cerita seperti ‘Squid Game’ kedengaran lebih realistik berbanding 10 tahun lalu.

Sebagai rekod, siri Squid Game telah ditayangkan di 90 buah negara dan telah diterjemah kepada 31 bahasa.
Kredit: Twiter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM