Connect with us

Oh! Media

“Ingat Artis Ni Binatang, Najis Mughallazah Ke?” Dato Hattan Tempelak Ustazah Dakwa Salam Artis Boleh Hilang Roh

Oh! Artis

“Ingat Artis Ni Binatang, Najis Mughallazah Ke?” Dato Hattan Tempelak Ustazah Dakwa Salam Artis Boleh Hilang Roh

Sejak akhir-akhir ni, kecoh di media sosial mengenai seorang wanita yang bergelar ustazah mendakwa dayuslah seorang suami yang membenarkan isterinya untuk disambut oleh doktor bidan lelaki sewaktu melahirkan anak.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jumpa Ulama Berebut Nak Salam” – Ustazah Viral Dakwa Salam Artis Boleh Buat Roh Dan Jiwa Rosak

Video yang tular itu menerima kecaman dan menjadi bualan ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan dibuat ustazah tersebut.

Dakwa salam artis boleh hilang roh

Terbaru, ustazah itu sekali lagi mendapat kecaman warganet selepas videonya yang mendakwa seseorang itu boleh kehilangan roh dan rosak jiwanya sekiranya bersalaman dengan artis. Hah? Kenyataan apa ni?

@sunnahtidakberbohong #aurasalam #sunnahtidakpernahbohong ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

Orang dulu-dulu dia berebut kalau jumpa ulamak, berebut-rebut nak salam bukannya kita berebut-rebut nak salam artis. Salam artis tu rosak roh kita, jiwa kita akan rosak. Bila kita bersalaman dengan artis-artis dan sebagainya, roh kita rosak jiwa kita akan rosak.

“Hino bonar kek kau artis ni kan?” – Dato Hattan

Tidak berdiam diri, penyanyi, Dato Hattan tampil memuat naik video memberikan respon terhadap isu tersebut menerusi Instagram rasminya.

Menerusi videonya itu, Dato’ Hattan menyelar dan menempelak kenyataan dibuat ustazah itu yang seolah-olah memandang hina terhadap golongan artis.

Bersalam dengan artis hilang roh, hino bonar kek kau artis ni kan? Umak ai, sodap yo mulut kau. Kau koba kan artis ini standard dia macam apo? Kau ingat artis ni binatang ko? Najis mughallazah ko artis ni?

Artis ni, jenis tak gemar menunjuk tapi 90 peratus artis di Malaysia semua dah sampai ke Tanah Suci, sama ada umrah atau buat haji.

Kalau kobar salam artis ni batal air sembahyang ko, bukan muhrim ko, itu kita fahamlah.

Di akhir video, penyanyi lagu Memburu Bayangan itu memaklumkan bahawa beliau sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara dakwah yang ingin disampaikan individu tersebut namun Hattan menasihati supaya tidak membabi buta ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mantap lah Dato’ Hattan, tapi kot iya pun marah, jangan sampai dua belah tangan Dato’ pakai jam.

Kredit: TikTok Siti Afifah | Instagram Dato’ Hattan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas