Connect with us

Oh! Media

Influencer Wanita Terkenal Rugi Lebih RM3.5 Juta Selepas Rumah Dipecah Masuk Di Sentul

influencer wanita

Oh! Artis

Influencer Wanita Terkenal Rugi Lebih RM3.5 Juta Selepas Rumah Dipecah Masuk Di Sentul

Pihak PDRM meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes pecah rumah untuk menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. Ini selepas rumah seorang usahawan dan juga influencer wanita terkenal telah dipecah masuk.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu berlaku di kediamannya di Padang Balang, Sentul dan mengakibatkan kerugian lebih RM3.5 juta.

Peti besi milik influencer wanita berjaya dibuka penjenayah…

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, peti besi milik influencer itu turut berjaya dibuka penjenayah. Antara yang hilang adalah jongkong emas, beberapa beg tangan pelbagai jenama mewah, barang kemas serta wang tunai lebih RM3 juta.

Ketika kejadian, rumah mangsa tidak berpenghuni. Pasukan forensik turut dipanggil ke lokasi untuk membantu siasatan. Siasatan polis di tempat kejadian mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa dirosakkan penjenayah.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan namun identiti mangsa tidak didedahkan buat masa ini.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas