Sebelum ini, Rita Rudaini ada menegur influencer, Imran Bard, kerana didakwa kurang beradab dengan pelakon Ellie Suriaty. Ellie meminta ibu bapa Imran Bard datang berjumpa untuk meminta maaf, tetapi Imran menjelaskan ibunya sedang sakit dan tidak dapat hadir.
Ellie kemudian menyatakan tidak menerima permohonan maaf itu kerana nampak tidak ikhlas dan bersedia untuk melawat ibu Imran di hospital.
“Dia bukan Mak Cik hang!” – Rita Rudaini
Selepas itu, Rita Rudaini turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan adab yang ditunjukkan Imran kerana menggelar Ellie dengan gelaran mak cik yang dianggap kurang sopan.
IKLAN
Rita yang juga seorang ibu, meluahkan rasa kurang senang dengan cara Imran meminta maaf.
Terbaru, Imran Bard memuat naik satu konten komedi di TikTok yang menyentuh tentang individu yang tidak mengambil vaksin dos penggalak (booster). Dalam video itu, dia berlakon sebagai juri pertandingan nyanyian.
Cuma satu saya nak tanya awak. Awak ambil vaksin tak? ‘Booster’? Hah, ini masalah awak. Bila awak tak ambil ‘booster’, awak akan tersangkut di ‘note’ F6. Saya harap sangat awak ambil ‘booster’ minggu depan.
Walaupun Imran tidak menyebut nama sesiapa, netizen berpendapat konten itu ditujukan kepada Rita Rudaini. Ini kerana Rita sebelum ini pernah lantang menyuarakan pendapatnya tentang vaksin.
Di ruangan komen TikTok, ramai yang terhibur dengan video tersebut tetapi tidak kurang juga yang percaya Imran Bard sedang menyindir Rita.
Namun, buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada benar Imran Bard sengaja menyindir Rita Rudaini atau sekadar kebetulan.
#ApaKataOhmedia
Dalam dunia media sosial, setiap perkataan dan tindakan boleh mencetuskan spekulasi. Jika ada teguran, lebih baik disampaikan dengan cara yang membina. Hormati pandangan orang lain dan elakkan pertelingkahan yang tidak perlu.
Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook. Rujukan kami: TikTok
Kongsikan artikel ini:
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!