Connect with us

Oh! Media

“Kontrak Masih Dalam Perbincangan..” – Meerqeen Tak Mahu Isu Boikot Ganggu Prestasi Kerja

Meerqeen

Oh! Artis

“Kontrak Masih Dalam Perbincangan..” – Meerqeen Tak Mahu Isu Boikot Ganggu Prestasi Kerja

Sebelum ini, tular di media sosial peminat aktor terkenal, Meerqeen meluahkan rasa kecewa kerana dipercayai masih mempromosikan barangan jenama pro-Israel walaupun sudah mengetahui isu yang berlaku di Palestin.

BACA: Meerqeen Kirim Doa Untuk Rakyat Palestin, Netizen Tetap Berkeras Ingin Boikot

Menurut laporan mStar, Meerqeen menjelaskan dia sentiasa cakna dengan situasi yang berlaku di sana dan sejak 2022 lagi dia sudah bersuara di media sosial tentang isu ini.

IKLAN

Katanya, netizen mungkin tak tahu apa yang dia buat selama ini kerana dia tidak mahu menunjuk-nunjuk perkara itu kepada publik.

Sokong palestin

Kontrak masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan kerana ada beberapa kontrak yang saya masih lihat lagi.

Saya fokus kerja dan tak mahu ada perkara lain mengacau prestasi saya.

Meerqeen turut menyatakan buat masa sekarang ini dia masih teruskan kerja seperti biasa dan cukup dia je yang tahu apa telah dia sumbangkan buat rakyat Palestin.

Kerana bila ada duit lebih saya juga akan asingkan untuk Palestin. Saya tak mahu cakap mengenai perkara itu kerana ia antara saya dan keluarga.

Terdahulu, nama Meerqeen telah tersenarai dalam gerakan Blockout2024 kerana didakwa masih mempromosikan jenama pro-Israel.

Bagus Meerqeen ni masih cakna dengan perkembangan yang berlaku di sana. Buat kita ni marilah berdoa buat suadara di sana supaya bebas dari Israel.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas