Connect with us

Oh! Media

Ibu Shila Amzah Dedah Dirinya Bersedia Untuk Poligami Sebelum Bercerai

nd lala ohmedia

Oh! Artis

Ibu Shila Amzah Dedah Dirinya Bersedia Untuk Poligami Sebelum Bercerai

Bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala dan juga ibu Shila Amzah, Fauziah Sarman menafikan bahawa dia enggan berpoligami seperti yang didakwa bekas suami dalam video penerangan mengenai isu rumah tangga tempoh hari.

Menurut laporan Harian Metro, Fauziah sebenarnya bersetuju untuk bermadu namun tidak menyampaikan hasrat tersebut secara langsung kepada ND Lala sebaliknya diberitahu kepada rakan baik, pelakon Zaidi Omar dan penyanyi Roslan Madun.

shila amzah ohmedia

Saya cakap saya dah reda sebab dah bermacam cara saya buat untuk berjumpa dia, tetapi semuanya tak dilayan di WhatsApp dan mesej. Saya dah sedar mungkin takdir saya menerima untuk poligami. Mereka menangis dengar kata-kata saya tapi pihak abang ND tak boleh terima.

Ujarnya lagi, dia telah mencuba pelbagai cara untuk memulihkan keadaan rumah tangga namun diibarat seperti bertepuk sebelah tangan.

IKLAN

Dia memang makin menjauh dari saya dan saya dah rasa cukup-cukuplah. Dia pun dah tinggalkan saya setahun lebih dan duit nafkah pun tak beri.

Ramai lagi yang nasihatkan saya dan itu yang buat saya terbuka hati untuk bermadu. Saya kata pada seorang ustaz, saya tak nak kehilangan abang ND kerana dah lebih setahun dia tak balik. Saya dah sampai peringkat dah rindu dia dan dapat dengar suara pun jadilah.

Terang Fauziah, dia kini reda dan berdepan kenyataan namun terkilan kerana bekas suaminya itu langsung tidak mahu bercakap dengannya dan anak-anak.

Saya bersetuju wanita itu dianggap penyondol dalam rumah tangga saya. Bagi saya sesuai ayat itu digunakan. Tapi saya tak salahkan dia seorang kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dua-dua sama perangai.

Fauziah juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pengikut media sosial dan netizen yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat di atas kegagalan rumah tangganya itu.

Terdahulu, Fauziah dan ND Lala yang juga ibu bapa kepada penyanyi Shila Amzah ini telah sah bercerai secara baik pada 5 September lalu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas