Oh! Artis
Ibu Dedah Konflik Rumah Tangga Along Cham, Tak Berhubung Sejak Kahwin
Nampaknya, ada kisah duka di sebalik senyuman pelawak terkenal, Along Cham. Ibu kepada Along, Siti Habsah Kadir, mendedahkan bahawa dia langsung tak berhubung dengan anaknya sejak Along berkahwin tahun lalu.
Apa yang lebih mengejutkan, hubungan dingin itu dikatakan berpunca daripada kenyataan isteri Along, Afreena Suhaimi, yang menimbulkan salah faham besar dalam keluarga.
Salah faham antara Along Cham dan ibu…

Menurut Siti Habsah yang berusia 64 tahun, dia enggan mengulas lanjut tentang punca sebenar konflik tersebut, namun mengakui perkara itu terlalu peribadi.
Katanya, dia tak pernah memilih siapa menantunya dan sentiasa menerima pilihan Along seadanya.
Saya tidak pernah pilih siapa menantu saya. Siapa yang anak saya pilih, saya terima seadanya.
Tambahnya lagi, kenyataan yang dibuat oleh Afreena kepada media dikatakan telah menimbulkan persepsi yang salah tentang keluarga Along.
Apa yang dia (Feena) beritahu kepada media tentang keluarga Along, dia sahaja yang tahu. Cuma dia buat kesilapan terhadap keluarga saya, hingga Along benci keluarga sendiri.
Siti Habsah turut meluahkan rasa kecewa kerana sudah setahun mereka tidak berjumpa disebabkan isu ini.
Ibu tidak mahu masuk campur urusan perkahwinan anak…

Selepas Along kahwin, saya tidak masuk campur. Pandai-pandailah Along melentur rumah tangganya sendiri.
Sebenarnya sedih tengok anak jadi begini, bukan saya yang minta. Bukan saya suka, saya tak suka, saya sedih sangat-sangat.
Dalam perkembangan lain, pengesahan lafaz cerai taklik antara Along Cham dan Afreena Suhaimi terpaksa ditangguhkan hingga 8 Mei. Hal ini kerana terdapat kekeliruan dalam dokumentasi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: beautifulnara
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM