Usahawan dan pempengaruh, Shasha Abdul Aziz, baru-baru ini menimbulkan perdebatan ramai apabila mengaku tidak berpuasa sepanjang Ramadan disebabkan hamil.
BACA: Sasha Abdul Luah Rasa Syukur Tak Kahwin Dengan Lelaki Melayu, Kalau Tak Jadi Macam Abang Tesla
Menerusi Instagram Story, dia menjelaskan bahawa dirinya memilih untuk menggantikan puasa dan membayar fidyah kerana risau akan kesihatan bayi dalam kandungan.
“Takut sumpah, so pilih ganti puasa dan bayar fidyah”
Dalam perkongsiannya, seorang pengikut bertanya sama ada dia merancang untuk berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan atau tidak.
But alhamdulillah ni dah tahun ke 6 sejak suami peluk islam dia akn cuba puasa penuh setiap tahun. Cuma tahun ni mummy Sha tak dapat teman daddy Herman puasa sebab saya tengah mengandung risau pape jadi dekat baby dalam perut.
Tambahnya lagi, kehamilan kali ini membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan.
“Anak dalam perut hanya aktif bila lepas makan”
Dia berkongsi bahawa bayi dalam kandungannya hanya aktif selepas dia makan, membuatkan dirinya risau sekiranya berpuasa boleh memberi kesan kepada perkembangan bayi.
Walaupun begitu, Shasha turut mengingatkan bahawa setiap ibu hamil mempunyai kondisi berbeza, dan jika mereka mampu berpuasa tanpa sebarang komplikasi, tiada masalah untuk meneruskannya.
Memetik penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bagi wanita yang hamil, adalah diharuskan baginya berbuka puasa dengan sebab-sebab yang tertentu:
1) Jika dia merasa takut berlaku mudarat ke atas dirinya sahaja atau takut ke atas dirinya dan anaknya, maka dalam hal ini wajib dia mengqadha puasa yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain seperti mana hal keadaan orang yang sakit.
Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah, ayat 184:
فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Ertinya: “Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam keadaan musafir (maka bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa mengqadha (sebanyak hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.”
2) Jika dia berasa takut akan berlaku mudharat ke atas anaknya sahaja, maka dalam hal ini boleh dia berbuka puasa tetapi wajib dia mengqadha puasa dan mengeluarkan fidyah sebanyak satu mud ( cupak ) bagi puasa yang ditinggalkan.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah, ayat 184:
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِين
Ertinya: “Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya untuk berpuasa ( kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu member makan kepada orang miskin.”
Kesimpulannya, wanita yang hamil juga diwajibkan berpuasa. Namun syarak memberi keringinan untuknya berbuka jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi.