Connect with us

Oh! Media

nadira isaac

Oh! Artis

“I Kena Hentam Teruk” – Dituduh Penyondol Harith Iskander, Model Nadira Isaac Tampil Bersihkan Nama

Selebriti media sosial dan ratu cantik Nadira Isaac menafikan dakwaan menjadi punca keretakan rumah tangga di antara Harith Iskander dan Dr Jezamine.

Dalam laporan Official Hlive, Nadira berkata, dia terkejut apabila namanya secara tiba-tiba kena petik susulan isu penceraian pasangan itu.

IKLAN

Dia juga menerima kritikan teruk daripada orang ramai yang menuduhnya bukan-bukan termasuk melabel dirinya sebagai penyondol.

Ye, sudah tentu saya kena hentam teruk dekat TikTok, dekat Instagram. Orang cakap I penyondol dan sudah tentu ia (kecaman) tidak bagus untuk imej dan reputasi saya.

Jelas Nadira, mereka bertiga hanyalah sekadar kawan dan pernah berjumpa beberapa kali sahaja ketika menghadiri acara. Ketika itu, Dr Jezamine juga ada bersama pelawak terbabit.

nadira isaac

Saya kenal Harith Iskander lebih kurang 2021 dan sebenarnya tak pernah berkomunikasi secara peribadi pun. Kami tak follow satu sama lain di Instagram dan saya tiada nombor telefon dia pun.

Mengulas lanjut tentang videonya ketika di atas kapal layar (ada kelibat Harith), ia adalah rakaman lama sekitar November 2021 dan Nadira turut menjelaskan dia lebih rapat dengan Dr Jezamine berbanding Harith.

Nadira bagaimanapun berkata dia tidak terkilan dan tidak menyalahkan netizen dengan apa yang mereka katakan kerana tahu semua ini hanyalah salah faham semata-mata.

nadira isaac

Jap!


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas