Connect with us

Oh! Media

“I Did My Best” – Sebutan Pertama Kes Cerai Pada 7 Mac, Sehari Sebelum Anniversary Ke-9

Puteri sarah cerai

Oh! Artis

“I Did My Best” – Sebutan Pertama Kes Cerai Pada 7 Mac, Sehari Sebelum Anniversary Ke-9

Pelakon, Puteri Sarah Liyana hari ini hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk menfailkan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

BACA: Puteri Sarah Ceria, Bersemangat Tiba Di Mahkamah Ditemani Adik Beradik

Beliau yang ditemui pemberita berkata mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan pertama kes cerainya pada 7 Mac akan datang. Menurut Sarah tarikh itu sangat ‘significant’ kerana ianya berlaku sehari sebelum ulang tahun perkahwinannya yang ke-9.

IKLAN

Puteri Sarah dah buat yang terbaik

Meluahkan rasa lega, Puteri Sarah berkata dia dah lakukan yang terbaik sepanjang 9 tahun perkahwinan ini. Dia juga mengaku ada merujuk ustazah dan keluarga mengenai masalah rumahtangganya namun inilah jalan penyelesaian terakhir yang diambil.

Cukuplah 9 tahun Sarah jadi isteri kepada Muhamad Syamsul, nampaknya tak ada rezeki dah.

Pelakon ini turut menafikan dakwaan dia isteri yang derhaka dan anti poligami gara-gara menuntut cerai selepas mengetahui suami berkahwin lagi.

Poligami itu indah kalau suami berlaku adil, tapi Sarah ditipu, tak minta izin dan tak berbincang dulu. Benda pun dah terjadi, jadi Sarah rasa ini jalan terbaik untuk Sarah. Sarah dah jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.

Jelas Sarah lagi, semasa menunaikan umrah baru-baru ini, dia ada berdoa semoga Allah SWT menunjukkan jalan penyelesaian. Dia juga dah buat solat istikharah sebelum mengambil keputusan besar ini.

Kredit: Facebook Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas