Oh! Artis
Hot FM: Kejutan Buat AG, Fad Dan Pendengar
Selepas dua penyampai radio Hot FM, Mark Adam dan Fizie mengundurkan diri, kita dimaklumkan penyampai radio AG akan kembali beraksi. Sejak itu timbul pula tanda tanya samaada Fara Fauzana dan Faizal Ismail turut akan kembali?
BACA: Selepas Lima Bulan, Mark Adam Undur Diri
Akhirnya ia terjawab apabila AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat mengumumkan rakannya Fara Fauzana bersama Fad Bocey akan bergabung mengendalikan segmen Geng Pagi Hot (GPH) bermula hari ini.
Segala persoalan sudah terjawab. Persoalan AG sendiri juga terjawab. Bagai sirih pulang ke gagang buat saya dan Fara Fauzana. Sah AG, Fara dan Fad akan temani pagi hari anda di Hot FM. – Tulis AG.

AG dan Fad tergamam dengar suara Fara Fauzana tiba-tiba muncul dalam studio Hot FM
AG dan Fad pun terkejut betul bila dengar suara Fara Fauzana dalam studio. Haha! Memang menjadi kejutan boss mereka ni. Terbaik!
Pendengar turut teruja dengan pengumuman ini sehinggakan banyak panggilan daripada pendengar ingin berbual dengan Fafau yang kini berusia 41 tahun.
Sememangnya gandingan antara AG, Fara Fauzana dan FBI amat dirindui semua pendengar. Untuk maklumat FBI terlebih dahulu mengundurkan diri pada tahun 2013 dan diikuti AG serta Fara Fauzana 3 tahun kemudian, 2016.
Kredit: Facebook Hot FM
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM