Connect with us

Oh! Media

Sah! Khairy Jamaluddin Jadi DJ Hot FM

untitled design   1

Trending

Sah! Khairy Jamaluddin Jadi DJ Hot FM

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertugas sebagai penyampai Hot FM pada Rabu depan dan perkara ini disahkan sendiri Media Prima Audio (MPA).

Menurut laporan dari sebuah portal hiburan, KJ akan mengendalikan segmen ‘Bekpes Hot’ bermula 15 Februari ini. Tawaran jawatan sebagai penyampai radio ini dibuat menerusi surat terbuka di Instagram Hot FM dan KJ akan dikatakan akan bertugas pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 hingga 10 pagi.

f8f1e4b3 e1dd 4d1b be91 34ab3f75ce9e

MPA juga yakin dengan kehadiran KJ dalam segmen Bekpes Hot ini akan memberikan suntikan baru buat stesen radio itu dan bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.

IKLAN

Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia. Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

Pengisian dan kandungan segmen akan diolah untuk menjadi lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan serta mampu memberi aura positif kepada pendengar.

Serba boleh bekas Menteri Kesihatan kita ni. Memang terbaik! Mesti ramai yang tak sabar nak dengar KJ jadi DJ setiap pagi kan lepas ni?

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas