“HIDUP dan mati saya, Insya-Allah di rumah ini. Saya sayang rumah ini,” itulah kata penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengenai kediaman banglonya yang telah didiami hampir 30 tahun.
Bagi beliau, banglo ini lebih daripada sekadar rumah, ia adalah simbol penuh kenangan dan sejarah peribadi serta kerjayanya yang tidak mungkin akan dijual atau ditinggalkan. Kalau nak tahu, cerita ‘Sembilu Kasih’ pun buat penggambaran dekat rumah ni la…
Untuk apa saya nak tinggalkan rumah ini? Rumah ini terlalu banyak kenangan buat saya dan isteri. Di rumah inilah anak-anak saya dibesarkan, rumah ini jugalah tempat anak saya berkahwin dan di sini juga filem Sembilu difilemkan.
Mana mungkin saya nak berpindah. Kalau umur panjang, saya ingin hidup dan mati di sini. Insya-Allah.- Katanya kepada Astro Gempak.
Datuk Yusof Haslam sudah ambil langkah keselamatan…
Berkenaan dengan isu tanah runtuh di Taman Melawati, Datuk Yusof menjelaskan bahawa rumahnya setakat ini tidak terjejas.
IKLAN
Saya ambil masa dua tahun untuk bina rumah ni. Dulu memang ada runtuhan kecil, tetapi seluruh kawasan rumah saya telah dikonkritkan.
Setiap tahun, saya memang akan panggil jurutera untuk periksa sistem saliran air dan sebagainya. Insya-Allah, setakat ini, semuanya selamat. Belum pernah berlaku runtuhan lagi di rumah saya.
Tapi saya tak berani nak kata 100 peratus kawasan rumah saya selamat, sebab kalau Tuhan kata nak berlaku, siapa kita untuk menolak? Cuma setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik.
#OhmediaNasihat
Kepada korang yang tinggal di kawasan berisiko seperti kawasan berbukit, Ohmedia nasihatkan agar korang sentiasa peka dan lakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan struktur rumah dan sistem saliran berada dalam keadaan baik.
Keselamatan keluarga adalah yang paling utama, jadi jangan ambil mudah. Jaga rumah, jaga keselamatan!
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM