Connect with us

Oh! Artis

Heboh Isu Marissa Dania Jadi Penyondol, Netizen Sibuk Ungkit Kisah Silam Norman Hakim

Bekas isterinya, Abby Abadi ada bersuara berkenaan dakwaan anak gadis mereka, Marissa Dania menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga orang lain.

Aktor berbadan sado, Norman Hakim bagaimanapun dilihat masih mengunci mulut dan tidak memberikan apa-apa respon berhubung hal tersebut.

IKLAN

Meskipun memilih untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi buat masa ini, Instagram Norman diserang oleh warganet.

Menerusi foto di akaunnya, ramai yang meninggalkan komen masing-masing tentang isu tersebut malah kebanyakannya memerli aktor tersebut.

Sesetengah daripada mereka mengungkit semula kisah silam aktor itu bersama bekas isteri, Abby Abadi dan isterinya Memey Suhaiza yang pernah menggemparkan dunia hiburan suatu ketika dahulu.

Dulu mak nya disondol mak tiri. Kini anak pula menyondol. Kifarah itu benar.

Ada yang turut memberi pesanan kepada Norman agar menjaga anak perempuannya dengan baik dan ada pula yang melabelnya tidak pandai menjaga anak.

Dalam pada itu, ramai warganet lain turut menasihati pengguna Instagram agar menjaga kata-kata serta tidak menyerang ibu bapa Marissa.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas