Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Ada ‘Plot Twist’, Isteri Along Cham Pula Buat Laporan Polis Dakwa Ditipu RM95,180

Isteri kepada pelawak terkenal Along Cham, Afreena Suhaimi, nampaknya turut membuat laporan polis terhadap seorang individu bernama Ika yang didakwa telah menipu sehingga menyebabkan Afreena menyerahkan wang sebanyak RM95,180.

Wang tersebut kononnya digunakan untuk tujuan membebaskan Along yang ketika itu berada dalam tahanan polis.

IKLAN

Laporan polis dibuat oleh Afreena di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada pagi Rabu. Afreena dilihat yakin kebenaran akan terbukti dan dia berada di pihak yang benar.

Selesai buat laporan polis, seleweng RM100,000? Kebenaran akan menang di akhirnya.- Tulis Afreena menerusi Instastory miliknya.

Siti Jamumall turut kongsi perkara sama…

Selain Afreena, beberapa individu lain juga tampil membuat laporan polis terhadap Ika, termasuk personaliti media sosial, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 27.

Menurut Siti, dia telah memberikan sumbangan sebanyak RM33,000 kepada Afreena dengan niat membantu membebaskan Along.

Walaupun tak kenal, niat saya beri duit sebanyak RM33,000 hanya nak bantu Afreena yang mahu membebaskan suaminya. Tambah pula, saya faham betapa sukarnya seorang ibu mahu besarkan anak-anak sendirian.- Jelas Siti.

Siti turut mendedahkan bahawa terdapat bukti aliran wang sebanyak RM95,180 ke satu akaun perniagaan yang dipercayai ada kaitan dengan Ika. Namun, beliau menegaskan tidak berpihak kepada sesiapa dan hanya ingin mengetahui kebenaran.

Dakwaan Along Cham terhadap isteri…

Sebelum ini, Along Cham, mendakwa isterinya, Afreena, telah menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000 yang diterima daripada beberapa pihak. Malah, pelakon Aaron Aziz turut dikatakan antara penyumbang dana tersebut.

Along juga memaklumkan akan memfailkan pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dalam masa terdekat. Untuk rekod, Along berkahwin dengan Afreena pada 4 April 2024, selepas sembilan tahun hidup menduda.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas