Connect with us

Oh! Media

“Hati Tengah Bahagia..” – Puteri Sarah Jawab Isu ‘Berbadan Dua’

Puteri Sarah berbadan dua

Oh! Artis

“Hati Tengah Bahagia..” – Puteri Sarah Jawab Isu ‘Berbadan Dua’

Mesti ramai yang terkejut selepas pelakon, Puteri Sarah Liyana memuat naik satu foto di media sosial yang menunjukkan dirinya sedang berbadan dua. Biar betul?

ADVERTISEMENT

Kalau korang lihat posting tersebut, Sarah yang memakai dress berwarna hitam sedang memegang perutnya berserta caption ringkas yang mengucapkan selamat pagi.

Di ruangan komen netizen memberi pelbagai reaksi dan ada yang beranggapan bahawa imej isteri kepada Syamsul Yusof itu hanyalah karakter yang dilakonkannya dalam sesebuah drama ataupun filem.

Menerusi laporan daripada sebuah portal, Sarah menjelaskan yang dirinya hanya ‘hamil’ dalam lakonan dan mengakui memang sedang bahagia. Bukan tu jer, dia juga mengatakan yang berat badannya telah bertambah dan kini mencecah 59kg.

Shooting la (ketawa). Tapi memang muka saya dah tembam macam mengandung. Bila tengok gambar eh kena pula muka dengan perut itu. Saya dah 59 kg sekarang. Saya yang nak tembam, hati tengah bahagia.

Masa ulang tahun kelahiran pada 1 Disember lalu, saya dah ada azam baru iaitu nak buang yang keruh ambil yang jernih. Saya nak move on. Tetapi saman tetap berjalan. Yang salah mesti didakwa. Cuma nak start move on dan jaga diri sendiri bagi gembira.

Saya nak bahagia dengan anak-anak. Tahun depan pula saya nak fokus penggambaran filem di Jakarta, Indonesia.

Semoga yang baik-baik saja buat Puteri Sarah dan semoga segala urusan dipermudahkan ya.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas