Connect with us
iqram dinzly

Oh! Artis

“Hati-Hati Dengan Wanita Akhir Zaman” – Iqram Dinzly Tampil Pertahankan Shuk Sahar

Pelakon dan usahawan, Iqram Dinzly tampil mempertahankan Shuk Sahar yang kini diuji dengan masalah rumah tangga.

Terdahulu, isteri Shuk iaitu Fara Salleh meluahkan rasa menyesal berkahwin dan meminta diceraikan dengan segera.

IKLAN

BACA: Fara Salleh Luah Rasa Menyesal Kahwin Dengan Shuk Sahar? – “I Hope He Realize My Statement And Divorce Me”

Sebagai seorang sahabat, Iqram memohon orang ramai tidak bulat-bulat percaya daripada sebelah pihak sahaja.

Katanya, sepanjang perkenalan berkongsi booth jualan dengan Shuk, dia menyaksikan sendiri bagaimana pelawak itu berhempas pulas mencari rezeki.

iqram dinzly

Jelasnya, Shuk langsung tidak berkira kudrat dan masa serta rajin membantu sahabat-sahabat yang lain. Walaupun pernah tersilap langkah sebelum ini, Shuk dilihat berusaha gigih untuk bangkit kembali.

Iqram juga memberi pesanan supaya berhati-hati dengan wanita akhir zaman di mana emosi mudah dihasut syaitan. Iyalah, perkara yang kecil pun dibesar-besarkan.

Doanya semoga Shuk dan pasangan terhindar daripada fitnah dan diredhai Allah SWT sentiasa.

iqram dinzly

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Iqdinzly


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas