Connect with us

Oh! Media

“Harap Sangat Saya Tetap Bersabar” – Bella Astillah Luah Perasaan Sebenar?

Bella Astillah

Oh! Artis

“Harap Sangat Saya Tetap Bersabar” – Bella Astillah Luah Perasaan Sebenar?

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah antara salah seorang selebriti yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga.

ADVERTISEMENT

Menerusi sebuah podcast, Bella Astillah berkata ramai yang menganggap bahawa dirinya seorang yang kuat ketika menghadapi ujian tambah lagi mengenai rumah tangga.

Bella Astillah

Ramai cakap saya kuat, saya sabar tapi sebenarnya saya takut sangat. Saya takut akan ada hadnya nanti sebab saya tak tahu bila akan jadi.

Orang cakap, ‘hebatlah Bella ni, wanita yang sangat kuat dan sangat sabar.’

Tapi sebenarnya Bella akui dirinya risau apabila sampai satu masa tidak dapat lagi menahan sabarnya. 

Tapi saya tak tahu kesabaran saya sampai bila, saya harap sangat saya tetap bersabar.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang faham akan apa yang dihadapi Bella.

Dia sebenarnya yakin dia mampu hadap. Tapi dia dalam keadaan takut dan trauma untuk hadap perasaan yang sama. Sedihnya.

Betul yang dia kata. Kita boleh kuat, kita boleh sabar tapi itu semua ada hadnya. Akan ada harinya kesabaran kita hilang.

Selalunya orang yang sabar dan kuat mcm ni bila dia dah sampai limit, ‘there’s no turning back’. Semoga diberikan kedamaian dan kebahagiaan yang abadi.

Apapun, semoga Bella dan suami, Aliff Aziz bahagia hingga ke akhirnya.

Kredit: Studio Sembang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas