
Oh! Artis
“Harap Qasha Dan Kamal Baik-Baik Je” – Perkongsian Uqasha Senrose Undang Tanda Tanya
Uqasha Senrose muat naik luahan penuh makna di Instagram, sebut tentang kesetiaan dan kekuatan diri.
Pelakon terkenal, Uqasha Senrose, menjadi perhatian ramai selepas berkongsi satu gambar dengan kapsyen penuh teka teki.
Kapsyen tersebut menggambarkan mengenai sikap seorang wanita yang setia. Jelasnya, wanita memilih untuk setia kerana itu adalah dirinya.
Hantaran Uqasha undang teka teki

Tambahnya, seorang wanita akan setia walaupun dirinya telah disakiti. Seorang wanita juga akan setia walaupun pasangannya tidak memilihnya dirinya.
Seorang wanita setia bukan kerana dirinya lemah, tetapi kerana memiliki hati yang bersih.
Namun, Uqasha memberi pesanan supaya kesetiaan dirinya tidak disalah anggap seperti bergantung kepada seseorang.
Ujarnya, seorang wanita sebenarnya boleh je hidup tanpa lelaki. Tetapi, dia meletakkan kepercayaan melebihi segala-galanya.
Bagaimanapun suatu hari nanti, wanita itu akan berhenti untuk setia dan ‘move on’ tanpa rasa sakit.



Ramai peminat serta rakan selebriti seperti Lisdawati dan Nad Zainal turut meninggalkan komen, kebanyakannya memberi kata semangat dan emoji hati seolah memahami luahan tersebut.
Walaupun Uqasha tidak menjelaskan maksud sebenar perkongsian itu, ramai yang berpendapat ia seperti menggambarkan situasi hati yang sedang terluka namun memilih untuk kekal kuat.
Ada juga yang mempersoalkan sama ada itu hanyalah watak dalam karya baru yang akan dibintangi Uqasha.
Pssttt! Betul juga tu, mungkin Uqasha cuma mendalami watak kan? Apa-apa pun semoga Uqasha dan Kamal Adli bahagia selama-lamanya.
Kredit: Instagram Uqasha Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
