Connect with us

Oh! Media

Hantaran Terbaru Fazura Raih Perhatian, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Dan Doa

Ohmedia fazura 2

Oh! Artis

Hantaran Terbaru Fazura Raih Perhatian, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Dan Doa

Isu prosiding komital, Fazura dan anaknya Fatima menjadi perhatian ramai.

Di sebalik kemelut isu mahkamah melibatkan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura, perhatian netizen kini tertumpu kepada keadaan Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya.

BACA: Fattah Amin Bakal Fail Semula Permohonan Prosiding Komital, Dakwa 6 Kali Fazura Langgar Perintah Mahkamah

Terbaharu, satu perkongsian di media sosial oleh Fazura mengundang pelbagai reaksi apabila dia memuat naik ayat “La hawla wala quwwata illah بالله” yang bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah.

IKLAN

Netizen luah sokongan dan doa

View on Threads

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan doa buat Fazura serta anaknya.

Fazura

Selain itu, ada juga netizen yang mengakui jarang mengikuti kisah selebriti namun tersentuh dengan situasi yang berlaku.

View on Threads

Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar Fazura terus dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

Terdahulu, isu hak lawatan anak menjadi perhatian apabila Fattah dilaporkan bakal memfailkan semula permohonan prosiding komital terhadap Fazura atas dakwaan melanggar perintah mahkamah.

Situasi ini secara tidak langsung mengundang perhatian ramai yang mula mengikuti perkembangan kedua-dua selebriti ini, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Pssttt! Apa pun yang berlaku, netizen jelas menunjukkan empati dan sokongan terutama apabila melibatkan anak kecil. Dalam situasi seperti ini, ketenangan dan kebajikan anak seharusnya menjadi keutamaan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan berakhir dengan baik untuk semua pihak.

Kredit: Thread Fazura
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas