Connect with us

Oh! Media

“Hang Jantan Bro” – Haqiem Rusli Dah Cuba Yang Terbaik, Netizen Nasihat Jangan Jadi Dayus

isteri haqiem rusli

Oh! Artis

“Hang Jantan Bro” – Haqiem Rusli Dah Cuba Yang Terbaik, Netizen Nasihat Jangan Jadi Dayus

Sedang seronok meraikan hari raya Aidilfitri, timbul pula satu isu apabila isteri penyanyi terkenal Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea membuka tudung.

ADVERTISEMENT

BACA: Haqiem Rusli Minta Semua Doa Yang Baik-Baik Dan Diam Selepas Kecoh Tudung Isteri ‘Terbang’

Perkara itu mula menjadi perhatian selepas Anis Sofea memuat naik gambar hanya berselendang menampakkan bahagian rambut dan leher.

isteri haqiem rusli

Dia juga memadam kebanyakan gambar bertudung termasuk gambar bersama suami dan meninggalkan beberapa keping foto freehair di Instagram.

Sebagai suami, Haqiem berkata dia dah cuba menjadi yang terbaik dan tak akan berhenti berusaha.

Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa.

Penyanyi lagu Tergantung Sepi ini menerusi laporan Harian Metro bagaimanapun tak mahu komen lebih kerana ianya merupakan isu peribadi.

Meninjau ke ruangan Twitter, penyanyi ini memberikan kata-kata romantis akan sentiasa mencintai isterinya.

Di perkongsian lain, Haqiem mengakui setiap orang akan melalui satu-satu perkara dalam hidup dan dia menerima ujian itu.

Namun, pendapat Haqiem itu diselar pengguna media sosial yang lain. Mereka menasihati penyanyi ini supaya menjalankan tugas sebagai suami dan tidak dayus.

haqiem rusli
isteri haqiem rusli buka tudung
anis sofea

Sementara itu, ada juga peminat yang mendoakan yang terbaik buat Haqiem dan Anis Sofea. Semoga yang baik-baik sahaja.

Kredit: Harian Metro | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas