Connect with us

Oh! Media

sharnaaz

Oh! Artis

“Hang Buka Aib Orang, Kalau Orang Buka Aib Hang Macam Mana” – Sharnaaz Ahmad

Tular di TikTok rakaman daripada sesi langsung pelakon popular, Sharnaaz Ahmad yang menasihati pasangan berkahwin supaya tidak memburukkan satu sama lain apabila berpisah.

Rakaman yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @hfzzud setakat ini telah menerima lebih 400,000 tontonan dan ratusan komen.

IKLAN

Menurut Sharnaaz, masing-masing perlu mengambil kira emosi anak yang akan terjejas apabila besar kelak.

@hfzzud

Jangan bukak aib pasangan – Sharnaaz Ahmad- fattzura

♬ Paling Sempurna – Fattah Amin & Fazura

Difahamkan, nasihat yang berikan Sharnaaz ini dibuat secara umum selepas tular isu cerai Nur Fazura dan Fattah Amin.

Jangan buka aib pasangan yang pernah hang sayang. Ingat satu, hang duk marah tadi tu, yang kita duk bercakap tadi tu adalah bapak. Fattah pun kalau dia nak bercakap apa-apa pun itu adalah mak. So careful.

Ujar pelakon filem Polis Evo 3 ini lagi, anak-anak perlu dibentuk mempunyai rasa hormat kepada ibu bapa masing-masing.

Katanya, satu hari nanti anak-anak akan besar dan boleh membaca laporan media mengenai isu melibatkan ibu bapa mereka.

sharnaaz

Sharnaaz yang pernah melalui fasa penceraian bersyukur diberikan rasa sabar demi anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad.

Jangan buka aib orang, hang buka aib orang kalau Tuhan buka aib hang macam mana? You’re dead. You’re dead.

Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai rumahtangga pasangan terbabit kerana tidak begitu mengenali Fazura.

Sementara dia pula mengaku pernah mempunyai masalah dengan Fattah Amin satu ketika dahulu. Namun, mereka sudah berdamai.

sharnaaz

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @hfzzud


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas