Connect with us

Oh! Media

Hampir Beri Nama ‘Sazali’ Kepada Anak, Melly Goeslaw Dedah Mengagumi Seniman P.Ramlee

Oh! Artis

Hampir Beri Nama ‘Sazali’ Kepada Anak, Melly Goeslaw Dedah Mengagumi Seniman P.Ramlee

Rata-rata warganet mengetahui bahawa nama ‘Sazali’ merupakan nama watak yang terkenal dalam filem Anakku Sazali arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

ADVERTISEMENT

BACA: Cucu Seniman P Ramlee Dibebaskan Daripada Pertuduhan 3 Tahun Lepas?

Namun siapa sangka penyanyi yang berasal dari Indonesia, Melly Goeslaw dikatakan hampir memberi nama itu kepada anaknya kerana terlalu meminati seniman negara kita, eh betul ke?

Idea ketika mengandung

Melly memaklumkan bahawa idea untuk menamakan anaknya itu tercetus sewaktu melihat karya-karya dan membaca kisah hidup Seniman P.Ramlee ketika dirinya sedang hamil.

Kerana terlalu mengangumi karya-karya P.Ramlee, saya hampir memberi nama anak yang saya kandung sewaktu hadir ke Malaysia dengan nama Sazali. – Melly

Walau bagaimanapun, Melly tidak jadi untuk menamakan anaknya dengan nama tersebut kerana mahu nama ‘Sazali’ itu berkekalan sebagai salah satu karya Tan Sri P.Ramlee.

Melly juga memaklumkan bahawa dirinya sempat menziarahi pusara P.Ramlee dan Saloma sebagai penghormatan ketika melawat ke Malaysia.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas