
Oh! Artis
“Dulang Boys YB Dan Bella?” – Gambar Hairul Azreen Tarik Perhatian Ibu Aliff Aziz
Siapa sangka satu gambar santai boleh tarik perhatian bekas ibu mentua? Itulah yang berlaku bila pelakon Hairul Azreen kongsi satu hantaran di Instagram yang menunjukkan dia bergambar bersama beberapa rakan artis bersama Syed Saddiq serta Bella Astillah!
Dalam gambar tu, kelihatan Hairul bersama pelawak Sharif Zero, Achey dan penyanyi Tomok. Tapi yang paling mencuri perhatian semestinya kehadiran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan selebriti Bella Astillah.
Dulang boys YB dan Bella. Penyanyi mestilah Tomok, pengacara Sharif dan Achey. Magic show saya.- Tulis Hairul.
Lagi menarik, dia gunakan lagu latar Selamat Pengantin Baru nyanyian Anita Sarawak. Fuh, makin kuat la spekulasi!
Bekas ibu mertua pun ‘Like’ komen?

Bukan setakat netizen yang bagi perhatian, bekas ibu mentua Bella sendiri, Siti Hafiza Basharahil juga dilihat memberi tanda suka pada hantaran tersebut. Ramai yang mula buat andaian dan berteka-teki.
Ruangan komen terus dibanjiri dengan ucapan doa dan harapan agar hubungan antara Bella dan Syed Saddiq menjadi kenyataan. Rata-rata kata mereka memang ‘sepadan’ dan patut bersama.
Untuk rekod, Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan Aliff Aziz, namun pasangan itu bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Ayden Adrean (8) dan Ara Adreanna (5).
Pssttt! Kadang-kadang gambar biasa pun boleh membuka lembaran harapan baru. Jika benar ada sesuatu antara Syed Saddiq dan Bella, kita doakan yang terbaik. Masing-masing dah lalui macam-macam, mungkin inilah masa untuk bahagia yang sebenar. Tapi selagi belum rasmi, kita nikmati dulu drama spekulasi ni ya?
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
