Connect with us
hafiz suip

Oh! Artis

Tersebar Video Hafiz Suip Bertumbuk Di Jalan Raya, Ini Apa Yang Berlaku Sebenarnya

Petang tadi, viral di media sosial mengenai penyanyi Hafiz Suip yang terlibat dalam satu pergaduhan di jalan raya. Dalam video yang dirakam oleh orang awam, Hafiz dilihat mendekati seorang lelaki yang dipercayai telah mencetuskan kemarahannya. Namun, beberapa individu dipercayai rakan Hafiz, cuba menahannya.

Ketika Hafiz cuba beredar, dia sempat memukul bahagian depan sebuah kenderaan putih. Tindakan ini menyebabkan pemilik kereta tersebut bertindak balas dengan meluru ke arah Hafiz dan menumbuknya.

IKLAN

Pergelutan antara mereka berdua pun berlaku, di mana Hafiz sempat menendang lelaki tersebut sebelum mereka dileraikan oleh orang awam.

Rakan Hafiz cerita apa yang berlaku sebenarnya…

Disebabkan semakin ramai yang cuba membuat spekulasi, seorang individu yang mengakui rakan kepada Hafiz dikenali sebagai Uthman Daud, tampil memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut.

Mungkin ramai yang tengok video viral pergaduhan Hafiz Suip lepas Solat Jumaat tadi. Oleh kerana video yang tersebar tu hanya sekejap, biarlah saya terangkan apa sebenarnya yang berlaku.

Selepas Solat Jumaat, kami tengah dalam perjalanan nak beli hamper untuk ziarah keluarga peminat Hafiz yang dah meninggal dunia. Semalam hari ke-100 pemergiannya.

Hafiz disembut dengan pepper spray…

Semasa dalam perjalanan, ada sebuah kereta yang cucuk dari belakang. Provokasi pun berlaku dari kedua-dua pihak. Puncaknya bila pemandu kereta tu mula blok dan berhentikan kereta kami. Kedua-dua terus keluar dari kereta dalam keadaan marah. Tiba-tiba, pemandu tu sembur muka Hafiz dengan pepper spray.

Saya cuba nak leraikan, tapi pemandu tu masih meluru ke arah Hafiz. Dalam keadaan kelam-kabut tu, muka saya pun disiku dan disembur dengan pepper spray, sampai sesak nafas. Jadi, saya pun lepaskan tumbukan lepas tengok dia terlalu agresif.- Jelas Uthman.

Selepas kejadian, Uthman dan Hafiz pergi ke balai polis untuk membuat laporan, sebelum menuju ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana kesan pepper spray yang masih menyakitkan kulit mereka.

hafiz suip

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempak


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas