Connect with us

Oh! Media

Hafiz Suip Akhirnya Jelaskan Keadaan Dirinya Yang Kelihatan Kurus

Ohmedia hafiz

Oh! Artis

Hafiz Suip Akhirnya Jelaskan Keadaan Dirinya Yang Kelihatan Kurus

Penyanyi Hafiz Suip yang cukup popular dengan lagunya Awan Nano sebelum ini tiba-tiba menjadi viral selepas menaikkan gambar hitam putih dirinya yang kelihatan kurus.

Peminat menjadi semakin tertanya-tanya selepas Hafiz menggunakan ayat kapsyen untuk mengingati hari kematian serta turut meminta maaf kepada semua orang.

Bagaimanapun, Hafiz akhirnya menjawab persoalan ramai dengan memaklumkan dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja dan meminta agar orang ramai tidak berfikir terlalu banyak tentang dirinya.

IKLAN

Dalam posting ini, Hafiz turut menunjukkan gambar dirinya yang terkini dengan lengan yang semakin mengembang dan tak sabar nak tunggu gym dibuka semula untuk dia meneruskan rutin bersenam.

Pada masa sama, Hafiz turut berkongsi rasa lucunya di Instagram stories bila dirinya yang kurus pun kena body shaming.

Image 1

Apapun Hafiz memaafkan mereka yang mengeluarkan pelbagai andaian yang tak masuk akal dan mendoakan agar semua orang dipermudahkan segala urusan.

Kredit: Instagram Hafiz Suip

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas