Connect with us

Oh! Media

Hafidz Roshdi Dan Nurul Shuhada Sah Bercerai Talak Satu

hafidz roshdi

Oh! Artis

Hafidz Roshdi Dan Nurul Shuhada Sah Bercerai Talak Satu

Pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya telah sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, Hafidz juga menghormati keputusan yang diputuskan pihak mahkamah dengan hati yang terbuka.

Saya bersyukur kes kami sudah selesai dengan baik yang mana saya hari ini sudah bercerai talak satu dan ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang menghormati privasi saya.

Saya menghormati keputusan mahkamah dan semuanya selesai dengan cara baik serta tiada pergaduhan.

Alhamdullillah saya lega perkara ini diselesaikan cara baik dan tiada pergaduhan. Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati dan gembira dengan dengan keputusan hari ini.

Nurul Shuhada yang ditemui berlinangan air mata juga mengatakan yang dia bersyukur apabila segala beban yang dilaluinya berakhir.

Alhamdulillah, saya rasa seperti Allah sudah mengangkat satu beban dari hati saya.

Saya akan lebih bersemangat bergelar ibu tunggal kerana tidak lagi bergantung kepada orang lain. Hanya diri sendiri dan Allah.

Sebelum ini pelakon itu telah mengatakan yang konflik rumah tangganya akan berakhir dengan baik sebelum dia melafazkan cerai sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas