Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Goyang Telur Pastu Perli Isteri” – Dr Say Kecam Kaum Suami Yang Terlampau Berkira

Dalam rumah tangga, sudah semestinya pasangan suami isteri perlu saling membantu sesama sendiri. Tapi, apa akan terjadi sekiranya si suami terlampau berkira dengan isteri?

BACA: Bakal Kahwin Tahun Depan, Penyondol Tanya Netizen Salah Ke Bercinta Dengan Suami Orang

IKLAN

Terbaru, doktor selebriti terkenal, Dr Say telah menyelar tindakan seorang individu yang dianggap terlampau berkira dengan isteri sendiri.

Suami yang terlampau berkira

suami

Menurut Dr Say, isterinya telah berkongsi satu screenshot mengenai suami yang tergamak meminta bukti resit pembelian kerana tidak percaya kepada isteri.

Dalam screenshot tersebut, wanita yang tidak dikenali itu juga mendedahkan suaminya terlampau berkira hingga dia terpaksa membeli barang peribadi secara senyap-senyap.

Hal ini membuatkan Dr Say menegur tindakan lelaki terbabit dan hal ini juga membuatkan dirinya turut berasa malu kerana wujudnya lelaki seperti itu.

Kalau kita rasa rendah diri isteri gaji lebih dari kita, bayar semula dengan buat kerja-kerja rumah. Ini tidak, goyang telur lepastu perli-perli isteri bergaji lagi tinggi. Saya sebagai lelaki pun malu baca mesej lelaki berkira macam ni.

Bapa kepada dua orang itu juga menasihatkan buat suami di luar sana untuk sentiasa yakin dengan rezeki yang diberi oleh Allah SWT ketika berada di alam rumah tangga.

Jadi kepada suami luar sana, kalau kita rasa “apasal aku asyik sempit eh?”, “apasal hidup aku macam tak tenteram eh?”, “apasal duit selalu tak cukup eh?” selain check hubungan kita dengan Dia, check juga hubungan kita dengan isteri.

Betul juga kata Dr Say, apa pendapat korang pula?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas