Connect with us

Oh! Media

“Goodluck Harimau Malaya And You”, Doa Syifa Untuk Safawi

Oh! Artis

“Goodluck Harimau Malaya And You”, Doa Syifa Untuk Safawi

Menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak lama lagi, pelakon Syifa Melvin turut tidak ketinggalan untuk mendoakan perjuangan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid bersama skuad Harimau Malaya.

ADVERTISEMENT

“Doaku sentiasa bersamamu Superwi”, itulah apa yang dikongsikan Syifa di Story Instagram miliknya dan ia turut dikongsikan kembali oleh Safawi di Instagram miliknya.

Semoga perjalanan ke Dubai selamat, InsyaAllah kembali dengan kejayaan yang membanggakan negara dan kelab (ACL untuk JDT). Selamat maju jaya Harimau Malaya dan awak. – Tulis Syifa.

Ciapan di Story Instagram Syifa Melvin

Jika korang masih ingat, hubungan mereka berdua mula mendapat perhatian ramai bila Safawi dan Syifa dilihat bersama keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika Safawi berangkat ke Portugal.

Semoga dengan ucapan kasih sayang dari Syifa ini mampu menaikkan semangat Safawi untuk berikan yang terbaik dalam perlawanan akan datang.

Kredit: Instagram Syifamelvin

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas