Oh! Artis
Foto Mesra Eyka Farhana Dan Akhyar Rashid Undang Kritikan Netizen
Pelakon Eyka Farhana dan tunangnya, yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto promosi untuk satu jenama terkenal.
Akhyar Rashid lentok pada Eyka Farhana

Dalam gambar tersebut, Akhyar dilihat melentok di bahu Eyka dan perkara itu telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan warganet.
Ada yang menyatakan rasa kurang senang, sementara yang lain memberi sindiran halus mengenai aksi mesra pasangan ini walaupun mereka masih berstatus tunang.
Komen netizen

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang memberikan komen pedas mengenai foto tersebut.
Walaupun ada yang mempertahankan pasangan ini, tidak dapat dinafikan bahawa tindakan mereka menjadi topik perdebatan di media sosial.
Apapun, semoga Eyka dan Akhyar diberi kelancaran dalam perjalanan mereka menuju alam perkahwinan!
#ApaKataOhmedia
Setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk mengekspresikan kasih sayang, namun menjaga sensitiviti masyarakat juga penting.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Eyka Farhana
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM