Connect with us

Oh! Media

Fizz Fairuz Rugi Ribuan Ringgit, Dedah Identiti ‘Scammer’ Berpangkat ‘Dato Seri’

Oh! Artis

Fizz Fairuz Rugi Ribuan Ringgit, Dedah Identiti ‘Scammer’ Berpangkat ‘Dato Seri’

Sebelum ini, pelakon tanah air, Dato’ Fizz Fairuz terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM18,000 selepas ditipu oleh seorang individu yang didakwa berpangkat ‘Dato Seri’ yang kononnya membuka tender pembersihan menggunakan nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

ADVERTISEMENT

Tidak berpuas hati diri menjadi mangsa scam, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Dato’ Mohd Fairuz Zainal Abidin, 42, bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, Kuala Lumpur pada rabu lalu dan menurutnya, pihak polis sudah pun berjaya memberkas penjenayah tersebut.

Menerusi laman Instagram milik beliau, suami kepada pelakon Elmy Nadia itu telah memuat naik halaman media sosial milik scammer tersebut yang menampakan wajah Dato Seri tersebut. Hal itu dibuat selepas dia berjanji akan mendedahkan wajah scammer itu kepada pengikutnya sebelum ini.

Saya kotakan janji saya, inilah orangnya. Kalian nilailah sendiri. Apa pun, berjaga-jagalah dengan sesiapa sekalipun.

Apa terjadi perlu berhati-hati. Ambil kesempatan atas orang lain memang sesuatu yang musibat. Terima kasih kepada yang mendoakan.

Fizz Fairuz dedah wajah scammer
Tangkap layar menerusi Instagram Fizz Fairuz menunjukkan wajah scammer yang menyebabkan dia kerugian ribuan ringgit.

Terdahulu, Fizz berkata, penipuan wang sebanyak RM18,000 itu sebagai bayaran bon bagi sebuah tender projek bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Saya memang tak terfikir dia seorang scammer sebab dia minta profil syarikat.

Dia minta buat pembayaran ke akaun peribadi. Pada awalnya, saya persoalkan juga perkara itu, tapi dia kata nak tolong uruskan semuanya. Pujuknya, pertengahan bulan ini dah boleh mulakan kerja.

Fiz menambah, dia telah membuat pembayaran pada 6 Jun namun individu tersebut sudah mula tidak menjawab panggilan dan mesej WhatsApp selain turut memberikan alasan seperti dijangkiti wabak yang melanda ketika ini.

Fizz menyedari bahawa dirinya menjadi mangsa scam selepas individu itu menghilangkan diri dan selepas mendapat nasihat daripada beberapa kenalan sebelum bertindak membuat laporan polis.

Walaubagaimanapun, Fizz sudah memaklumkan bahawa individu tersebut sudah pun ditahan pihak berkuasa.

Menurut Fizz Fairuz, kejadian itu merupakan kesilapan dirinya sendiri yang mudah percaya dengan orang lain dan mengakui dia terpedaya selepas individu tersebut menggunakan nama DBKL.

Kredit: Kosmo I Instagram Fizz Fairuz

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top