Connect with us

Oh! Media

Fizikal Selalu Kena Kutuk, Aizat Amdan Tampil Buka Mulut

20230511 115357 0000

Oh! Artis

Fizikal Selalu Kena Kutuk, Aizat Amdan Tampil Buka Mulut

Penyanyi kesayangan ramai, Aizat Amdan baru-baru ini telah memberi respon terhadap sesetengah netizen yang sering mengkritik berat badannya yang terkini.

BACA: “Pandai Wife Jaga” – Netizen Terkejut Tengok Penampilan Terkini Aizat Amdan, Dah Macam Mula Masuk AF Dulu

Aizat menyatakan bahawa dirinya selalu menjadi mangsa ‘body-shaming’ meskipun telah buat banyak persembahan nyanyian di festival show.

IKLAN

Terkesan dengan kritikan

Aizat

Menurut Aizat, dia terfikir bahawa kemungkinan dirinya menerima kritikan tersebut atas sebab jarang memuat naik perkembangannya terkini di laman sosial.

Saya faham tapi masalahnya sekarang orang kena faham yang ‘body shaming’ tu dah tak cool dah. Saya rasa dalam fatwa pun dosa, kenapa awak nak sebarkan dosa sampai semua orang kena ‘body shaming’?

Penyanyi Sungai Lui itu juga berkata dirinya sedikit sebanyak terkesan dengan kata-kata cacian yang dilemparkan akibat berat badannya.

Mula-mula saya tepis benda ni, ada satu masa bila isteri saya dengar. Saya luahkan yang sebenarnya benda ni beri kesan dekat saya. Itu mungkin sebab saya tak post banyak benda.

Sangat tak baik ya nak kutuk berat badan orang lain. Semoga orang ramai di luar sana dapat sedar akan isu ini.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas