Connect with us

Oh! Media

fikry ibrahim

Oh! Artis

“Atas Ehsan Dia Jaga Ibu Saya Di Kedah” – Fikry Ibrahim Nafi Terpaksa Kahwin

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim mengejutkan peminat apabila berkahwin secara senyap-senyap di Kedah.

BACA: Fikry Ibrahim Nikah Senyap-Senyap, Riak Wajah Ketika Akad Nikah Jadi Perhatian

IKLAN

Tampil menjelaskan kontroversi itu, Fikry berkata perkahwinannya dengan wanita pilihan hati, Khalizah Alihan tidak dihebohkan di atas sebab-sebab tertentu.

“Saya tunggu sampai selesai” – Fikry Ibrahim

fikry ibrahim

Dalam satu siaran langsung di program Melodi, Fikry menjelaskan mahu memastikan segalanya berjalan lancar terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan umum.

Saya percaya benda yang baik ni selagi tak pasti jangan kongsikan, jadi saya tunggu sampai selesai. Alhamdulillah perkara yang baik.

Menurut Fikry, dia lebih selesa untuk mengumumkan perkahwinannya selepas majlis selesai kerana baginya, sesuatu yang baik perlu dipastikan berjalan dengan lancar dahulu sebelum dikongsi dengan orang ramai.

Nafi dipaksa kahwin, hanya banyak berfikir

fikry ibrahim

Selain itu, Fikry turut menepis dakwaan bahawa dirinya seolah-olah tidak gembira dan dipaksa untuk berkahwin.

Ada yang mendakwa riak wajahnya ketika akad nikah menunjukkan seolah-olah dia tidak rela. Namun, Fikry menjelaskan bahawa dia hanya memikirkan tentang tanggungjawab besar sebagai seorang suami.

Ada yang cakap muka tak rela ke awak kena kahwin, saya rasa salah tu. Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir termasuklah menjadi seorang suami ni tanggungjawab dia besar dan kena adil. Saya ada seorang ibu, saya ada seorang isteri sekarang ni. Adil tu bukanlah sama rata. Adil itu meletakkan hak pada tempatnya.

Malah, dengan ehsan isterinya kini sedang menjaga ibunya yang uzur di Kedah. Tindakannya ini jelas menunjukkan betapa bertuahnya Fikry mendapat isteri yang memahami dan penuh kasih sayang.

Isteri saya sekarang tengah dengan ehsan dia tengah jaga ibunda saya tercinta di Kedah. Terima kasih sayang.

Biarpun baru mendirikan rumah tangga, jelas kelihatan bahawa Fikry sangat menghargai isterinya dan peranan yang dimainkan dalam kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri.

#ApaKataOhmedia

Tahniah Fikry dan pasangan di atas perkahwinan yang dibina. Menjadi seorang suami adalah satu tanggungjawab yang besar. Jadi, normallah jika Fikry ada rasa berdebar itu kan. Apa-apa pun semoga rumahtangga kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya. Amin.

fikry ibrahim

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Melodi


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas