Connect with us

Oh! Media

Fazura Mengaku Lama Tak Keluar Sejak Habis Iddah, Gembira Dapat Jumpa Rakan Industri

Ohmedia fatima

Oh! Artis

Fazura Mengaku Lama Tak Keluar Sejak Habis Iddah, Gembira Dapat Jumpa Rakan Industri

Selebriti dan usahawan terkenal, Fazura, akhirnya muncul kembali dalam acara sosial selepas selesai tempoh iddahnya.

BACA: “Kini Tersuluh Terang Satu Persatu Siapa Mereka” – Hantaran Fazura Undang Perhatian

Kemunculan beliau di majlis Mimpikita and Kita@Co Lebaran 2025 Showcase ternyata mencuri perhatian ramai.

IKLAN

Fazura mengaku lama tak keluar lepas habis iddah

Fazura

Dalam temubual bersama Mingguan Wanita, Fazura meluahkan rasa gembira dapat kembali bertemu rakan-rakan serta memberi sokongan kepada industri fesyen tempatan selepas beberapa bulan menyepi.

Sudah lama Faz tak keluar sejak habis tempoh iddah, happy sebab dapat jumpa kawan-kawan sokong bisnes mereka.

Jelas beliau lagi, tahun ini nyata berbeza kerana ke mana sahaja dia pergi, anaknya Nur Fatima Aisya pasti akan menemaninya.

Fatima tak boleh berenggang, bawa ke mana je

Fazura

Fatima ni mana-mana Faz pergi dia akan ikut, kerja ke shooting ke. Dia tak kisah sampai lewat malam pun dia ikut. Dia tak kisah selagi Faz ada dengan dia. Dia marah kalau tak bawa dia, kalau orang nak bergambar dengan Faz tak ajak dia pun dia marah.

Fazura turut menegaskan bahawa dia seorang yang suka bekerja sejak dari bujang. Malah, ketika sarat mengandung dulu pun beliau tetap bekerja keras.

Pada Ramadan kali ini, Fazura sibuk dengan jelajah ke seluruh outlet perniagaannya seperti yang dilakukan tahun-tahun sebelum ini.

#ApaKataOhmedia

Semangat serta dedikasi Fazura dalam dunia perniagaan dan hiburan wajar diberi pujian kan? Walau pelbagai tohmahan yang diterima, Fazura tetap jalan terus! Inilah semangat kita mahukan..

Ohmedia fatima

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Mingguan Wanita


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas