Connect with us

Oh! Media

Fazura Dedah Ada Pelakon Wanita ‘Try’ Menyondol Fattah Amin

Untitled Design   2

Oh! Artis

Fazura Dedah Ada Pelakon Wanita ‘Try’ Menyondol Fattah Amin

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura berkongsi pengalaman dimana ada seorang pelakon wanita cuba untuk mendekati suami kesayangannya, Fattah Amin ketika berada di set penggambaran. Pulak dah!

Kongsi Fazura, dia bersyukur dirinya bukan seorang yang kuat cemburu dan Fattah pula tidak melayan godaan pelakon wanita itu.

Katanya lagi, dia tidak pernah berbincang mengenai isu itu kerana mempercayai suaminya seratus peratus.

IKLAN

Faz seorang yang tak jeles sebab saya percaya suami saya. Alhamdulillah Fattah suami yang baik. Memang ada insiden sebelum, sebelum ada orang pernah mencuba-cuba mendekati Fattah. Tapi saya tak tanya pun kat Fattah.

Ujar pelakon filem Pisau Cukur ini, perkara tersebut disampaikan sendiri oleh kru penggambaran dan dia bersyukur Fattah tidak terperangkap dengan godaan aktres tersebut.

Ada satu insiden tu masa dekat premier filem pun, masa tu Faz tengah pregnant, pernah ada cubaan itu dan disaksikan oleh keluarga Faz sendiri. Tapi saya cool saja, saya takkan serang my husband sebab it takes two tango.

Terdahulu, Fazura memaklumkan bahawa dia dan Fattah sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua jika itu yang terbaik untuk keluarga kecil mereka.

Kredit: Instagram Fazura

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas