Connect with us

Oh! Media

Fazura Boleh Dipenjara Jika Langgar Perjanjian Cerai Dengan Fattah Amin

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Oh! Artis

Fazura Boleh Dipenjara Jika Langgar Perjanjian Cerai Dengan Fattah Amin

Pelakon Nur Fazura berdepan risiko penjara jika didapati melanggar perjanjian yang dibuat dengan bekas suaminya, Fattah Amin, sebelum mereka disahkan bercerai hari ini.

Menurut peguam syarie, Zulkifli Che Yong, yang mewakili Fattah, perjanjian itu termasuk menjaga aib dan tidak menyebarkan fitnah antara satu sama lain. Jika Fazura melanggar perjanjian tersebut, tindakan menghina mahkamah boleh diambil.

Jika berlaku perlanggaran perjanjian, pihak itu didapati tidak menghormati atau gagal mematuhi peruntukan.

Mangsa boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah dan jika dibenarkan, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan.- Jelas Zulkifli.

Sebelum ini, Fattah menafikan tuduhan curang dan tidak memberi nafkah, seperti yang didakwa oleh Fazura sebagai punca penceraian mereka. Menurutnya, perjanjian sudah dibuat untuk menjaga aib masing-masing sebelum lafaz cerai dilakukan.

IKLAN

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, pada jam 9.45 pagi.

Pasangan yang pernah membintangi drama Hero Seorang Cinderella ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 4 tahun.

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sidang Media


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas