Connect with us
fazura

Oh! Artis

Fazura Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Fitnah Dirinya Suka ‘Private Party’

Pelakon terkenal Fazura tidak akan berdiam diri lagi! Pihaknya sudah mengenalpasti individu yang memfitnah aktres itu dan bakal mengambil tindakan tegas melalui undang-undang.

Menurut peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, tindakan ini diambil susulan kenyataan fitnah yang tersebar tentang Fazura.

IKLAN

Kami telah mengenalpasti pihak yang membuat kenyataan tidak benar dan Fazura bersama pengurusannya akan mengambil tindakan sewajarnya.- Kata Fakhrul ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Langkah tegas melalui polis dan MCMC…

Fakhrul menjelaskan bahawa tindakan undang-undang telah pun berjalan.

Kami akan rujuk kepada pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), serta saman di mahkamah sivil. Kami akan bertindak keras! Fitnah ini sudah lama tersebar, terutama di forum-forum. Tindakan undang-undang akan diambil.- Tambahnya.

Individu fitnah sudah dikenalpasti…

Setakat ini, Fakhrul memaklumkan bahawa mereka telah mengenalpasti empat hingga lima individu yang terlibat.

Kami akan fokus pada individu yang mula-mula sebarkan fitnah ini dahulu.- Katanya.

Tindakan saman ini dipercayai berkaitan dengan dakwaan bahawa Fazura menghadiri ‘private party’ yang tular baru-baru ini.

fazura

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Siaran Langsung


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas