Connect with us

Oh! Media

Fauziah Gous Ditegur Netizen Sebab Pakai Tudung Tapi Nampak Seakan Warna Kulit Dada

Fauziah gous ohmedia

Oh! Artis

Fauziah Gous Ditegur Netizen Sebab Pakai Tudung Tapi Nampak Seakan Warna Kulit Dada

Netizen Malaysia ni sememangnya amat prihatin dengan cara pemakaian artis atau sesiapa sahaja yang dilihat tidak sopan, apatah lagi membuka aurat.

Terbaru, pelakon wanita, Datin Fauziah Gous pula diserang selepas berkongsi satu video sedang menari di TikTok miliknya.

Apa yang membuatkan netizen persoalkan adalah cara pemakaian tudungnya yang terangkat hingga menampakkan sebahagian inner baju dalamnya yang terlihat seakan-akan warna kulit dadanya.

IKLAN

Biarpun ada membuat spekulasi itu adalah sebahagian kulit pelakon terbabit, tetapi ada juga netizen mempertahankan Fauziah dengan menjelaskan itu adalah inner bajunya.

Walaupun ada yang mempertahankannya, netizen tetap dengan pendirian merasakan isu itu timbul kerana kesalahan pelakon itu memakai tudung sedemikian.

@fouziahgous

Mmm ada banyak lagu intrend , from my acc tak boleh guna link offcial 😢. Finally ada staff rajin ye nak buatkan 🤭

♬ original sound – FouziahGous

Menurut netizen, seandainya dia memakai tudung mengikut panduan Islam yang sebetulnya, fitnah sedemikian tidak akan berlaku.

Bukan itu saja, netizen turut menegur bahawa tidak sesuai untuk seorang wanita yang sudah bergelar ibu dan berhijab melakukan trend-trend seperti itu.

Jadikanlah teguran ini untuk diri kita dan insan tersayang juga agar sama-sama dapat memperbaiki diri.

Kredit: Astro Gempak| TikTok

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas